Selasa, 27 September 2011

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PENDIDIKAN KHAS

KECEDERAAN OTAK
SEBELUM KELAHIRAN - biasanya ibu mengambil minuman beralkohol, merokok, mengambil dadah dan mempunyai penyakit.

SEMASA KELAHIRAN - bayi dilahirkan dengan menggunakan alat teknologi seperti vacum, forsep. Bayi tidak cukup bulan dan kurang berat badan.

SEMASA KELAHIRAN - kanak-kanak boleh terdedah kepada kemalangan dan boleh mengalami ketumbuhan.

GENETIK
Menurut Pennington, 1990 menyatakan bahawa ibu bapa yang tidak tahu membaca dan menulis biasanya melahirkan anak yang tidak tahu membaca dan menulis juga. Kajian menunjukkan bahawa 35%-40% hasil kajian adalah benar.

PERSEKITARAN
Kemiskinan dan persekitaran yang tidak kondusif menyebabkan masalah pembelajaran. Contohnya, pemakanan kanak-kanak yang tidak seimbang, penceraian ibu bapa, kurang kasih sayang dan persekitaran yang kotor dan bising.

KETIDAKSEIMBANGAN BIOKIMIA
Kekurangan vitamin menyebabkan maslah pembelajaran seperti lembab. Manakala, kanak-kanak yang berlebihan dos vitamin pula menyebabkan mereka lebih terganggu seperti hiperaktif. Menurut Akademik Pediatrik Amerika telah menyatakan bahawa terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan masalah pembelajaran.

1 ulasan:

  1. salam cikgu...
    blog cikgu menarik, tentu cikgu mahir berblogging kan..
    jemput ke blog saya,
    http://permatapendidik.blogspot.com/

    BalasPadam