Di sini ada disertakan ciri kanak-kanak pendidikan khas....
MASALAH MEMBACA
Kesukaran untuk membaca, tidak memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenalpasti perkataan yang ingin dibaca, serta kesukaran semasa membaca secara lisan. Contohnya kanak-kanak disleksia.
MASALAH MENULIS
Kemahiran menulis ialah kemahiran menterjemahkan simbol-simbol huruf dalam bentuk penulisan. Kanak-kanak menghadapi masalah memegang pensil, membentuk huruf dan kelemahan dalam ejaan. Contohnya kanak-kanak siberal palsi.
MASLAH MATEMATIK
Kanak-kanak tidak menguasai nombor, kuantiti, operasi matematik. Kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik yang mudah dan mengingat fakta/formula. Contoh kanak-kanak autisme.
MASALAH SOSIAL
Kemahiran sosial yang lemah, sukar untuk berkawan, diketepikan kawan lain, takut untuk berinteraksi dengan guru dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat. Contohnya kanak-kanak hipoaktif.
MASALAH TINGKAHLAKU
Masalah memberi tumpuan, mudah terganggu, selalu mengganggu orang lain, terlalu aktif, resah, tidak mematuhi arahan dan emosi tidak menentu. Contohnya kanak-kanak hiperaktif atau ADHD.
Selasa, 27 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan