Selasa, 27 September 2011

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PENDIDIKAN KHAS

KECEDERAAN OTAK
SEBELUM KELAHIRAN - biasanya ibu mengambil minuman beralkohol, merokok, mengambil dadah dan mempunyai penyakit.

SEMASA KELAHIRAN - bayi dilahirkan dengan menggunakan alat teknologi seperti vacum, forsep. Bayi tidak cukup bulan dan kurang berat badan.

SEMASA KELAHIRAN - kanak-kanak boleh terdedah kepada kemalangan dan boleh mengalami ketumbuhan.

GENETIK
Menurut Pennington, 1990 menyatakan bahawa ibu bapa yang tidak tahu membaca dan menulis biasanya melahirkan anak yang tidak tahu membaca dan menulis juga. Kajian menunjukkan bahawa 35%-40% hasil kajian adalah benar.

PERSEKITARAN
Kemiskinan dan persekitaran yang tidak kondusif menyebabkan masalah pembelajaran. Contohnya, pemakanan kanak-kanak yang tidak seimbang, penceraian ibu bapa, kurang kasih sayang dan persekitaran yang kotor dan bising.

KETIDAKSEIMBANGAN BIOKIMIA
Kekurangan vitamin menyebabkan maslah pembelajaran seperti lembab. Manakala, kanak-kanak yang berlebihan dos vitamin pula menyebabkan mereka lebih terganggu seperti hiperaktif. Menurut Akademik Pediatrik Amerika telah menyatakan bahawa terapi vitamin tidak wajar dijadikan rawatan masalah pembelajaran.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS

 Di sini ada disertakan ciri kanak-kanak pendidikan khas....

MASALAH MEMBACA
Kesukaran untuk membaca, tidak memahami apa yang dibaca, kesukaran mengenalpasti perkataan yang ingin dibaca, serta kesukaran semasa membaca secara lisan. Contohnya kanak-kanak disleksia.


MASALAH MENULIS
Kemahiran menulis ialah kemahiran menterjemahkan simbol-simbol huruf dalam bentuk penulisan. Kanak-kanak menghadapi masalah memegang pensil, membentuk huruf dan kelemahan dalam ejaan. Contohnya kanak-kanak siberal palsi.

MASLAH MATEMATIK
Kanak-kanak tidak menguasai nombor, kuantiti, operasi matematik. Kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik yang mudah dan mengingat fakta/formula. Contoh kanak-kanak autisme.

MASALAH SOSIAL
Kemahiran sosial yang lemah, sukar untuk berkawan, diketepikan kawan lain, takut untuk berinteraksi dengan guru dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat. Contohnya kanak-kanak hipoaktif.

MASALAH TINGKAHLAKU
Masalah memberi tumpuan, mudah terganggu, selalu mengganggu orang lain, terlalu aktif, resah, tidak mematuhi arahan dan emosi tidak menentu. Contohnya kanak-kanak hiperaktif atau ADHD.



DEFINISI PENDIDIKAN KHAS

Secara umumnya pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti kehidupan seperti kanak-kanak normal. Biasanya mereka mempunyai gabungan masalah seperti fizikal, emosi, mental, sosial, tingkah laku dan juga kesihatan. Mereka memerlukan pendidikan supaya mereka mampu memenuhi keperluan hidup.





Inilah anak-anak istimewa anugerah Allah

Isnin, 26 September 2011

CORETAN PERTAMAKU

Assalamualaikum...Salam 1Malaysia....
Ini coretan yang pertama dalam blog pendidikan ku ini..
sebelum2 ni saya ada blog peribadi..tapi dah bersarang dah...hahahahha...


 Sila-silalah menjenguk blog saya ni....

TQ...