Isnin, 12 Disember 2011

Rancangan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 (P.Khas)

Tajuk : 1. Kemahiran Mendengar
Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 1.2    Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan/ benda.
 Tunjang lain yang disepadukan :  Literasi Sains dan Teknologi
       Kemanusiaan
       Fizikal dan Estetika
       Kerohanian Sikap dan Nilai
 Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menunjukkan minat dengan membunyikan 3 daripada 4
                 bunyi kenderaan.
Nilai : Kerjasama

Set Induksi
·         Murid mendengar bunyi siren ambulans.
·         Murid meneka bunyi yang didengar.
·         Bahan Bantu Mengajar: Pita rakaman

Langkah 1    
·         Murid melihat gambar kenderaan yang ditunjukkan.
·         Murid menamakan gambar kenderaan yang dilihat.
·         BBM  : Kad gambar kenderaan

Langkah 2
·         Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi kenderaan.
·         Murid mengajuk bunyi yang didengar.
·         Murid meneka jenis kenderaan berdasarkan bunyi.
·         BBM: Pita rakaman

Langkah 3
·         Murid melakonkan aksi memandu kenderaan sambil membunyikannya.
·         Murid meneka jenis kenderaan yang dipandu.
·         BBM: Pita Rakaman

Langkah 4
·         Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
·         i. Kumpulan pertama : Menunjukkan model kenderaan.
·          ii. Kumpulan kedua   : Membunyikan bunyi kenderaan
yang ditunjukkan oleh kumpulan pertama dan sebaliknya.
·         BBM: Gambar Kenderaan

Langkah 5
·          Murid menunjukkan gambar kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.
·          Murid mewarna gambar kenderaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
·         BBM: Pita Rakaman, Lembaran Kerja

Penutup
·         Murid mendengar lagu „Kereta Kecilku‟.
·         Murid menyanyi lagu yang telah diperdengarkan.