Tajuk : 1. Kemahiran Mendengar
Masa : 30 minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Kandungan : 1.2 Memberi perhatian kepada bunyi yang didengar
Standard Pembelajaran : 1.2.3 Mengecam bunyi kenderaan/ benda.
Tunjang lain yang disepadukan : Literasi Sains dan Teknologi
Kemanusiaan
Fizikal dan Estetika
Kerohanian Sikap dan Nilai
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menunjukkan minat dengan membunyikan 3 daripada 4
bunyi kenderaan.
Nilai : Kerjasama
Set Induksi
· Murid mendengar bunyi siren ambulans.
· Murid meneka bunyi yang didengar.
· Bahan Bantu Mengajar: Pita rakaman
Langkah 1
· Murid melihat gambar kenderaan yang ditunjukkan.
· Murid menamakan gambar kenderaan yang dilihat.
· BBM : Kad gambar kenderaan
Langkah 2
· Murid melihat dan mendengar bunyi-bunyi kenderaan.
· Murid mengajuk bunyi yang didengar.
· Murid meneka jenis kenderaan berdasarkan bunyi.
· BBM: Pita rakaman
Langkah 3
· Murid melakonkan aksi memandu kenderaan sambil membunyikannya.
· Murid meneka jenis kenderaan yang dipandu.
· BBM: Pita Rakaman
Langkah 4
· Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
· i. Kumpulan pertama : Menunjukkan model kenderaan.
· ii. Kumpulan kedua : Membunyikan bunyi kenderaan
yang ditunjukkan oleh kumpulan pertama dan sebaliknya.
· BBM: Gambar Kenderaan
Langkah 5
· Murid menunjukkan gambar kenderaan berdasarkan bunyi yang diperdengarkan.
· Murid mewarna gambar kenderaan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
· BBM: Pita Rakaman, Lembaran Kerja
Penutup
· Murid mendengar lagu „Kereta Kecilku‟.
· Murid menyanyi lagu yang telah diperdengarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan